Cara-Cara Untuk Menyemak No Pendaftaran Produk Samada “LULUS” KKM/MAL

Cara_Semak_KKM_No_Pendaftaran_Mylea

Langkah 1

Layari website : NPRA

Cara_Check_KKM_Mylea_1

Cara_Semak_KKM_No_Pendaftaran_Mylea

Langkah 2

Tekan pada butang :

QUEST PRODUCTS SEARCH

Cara_Check_KKM_Mylea_2

Cara_Semak_KKM_No_Pendaftaran_Mylea_3

Langkah 3

Terdapat dua butang:

(1) Notification Search untuk Produk Kosmetik

(2) Produk Search untuk Produk Farmasutikal atau Produk Tradisional

Cara_Check_KKM_Mylea_3

Cara_Semak_KKM_No_Pendaftaran_Mylea_4

Langkah 4

Pilih Notification Search

Contoh, kita akan cari produk nama Mylea

Cara_Check_KKM_Mylea_4

Cara_Semak_KKM_No_Pendaftaran_Mylea_5

Langkah 5

Klik pada Link Biru

Selepas result keluar, klik pada Link Biru untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Mylea

Cara_Check_KKM_Mylea_5

Cara_Semak_KKM_No_Pendaftaran_Mylea_6

Langkah 6

Malumat penuh dipaparkan

Di sini anda dapat lihat pelbagai maklumat mengenai produk yang dicari, termasuklah alamat, nombor telefon dan syarikat pengeluar

Cara_Check_KKM_Mylea_6

Cara_Semak_KKM_No_Pendaftaran_Mylea_7

Dah Check Tapi Tiada Keputusan Tersenarai?

Ada beberapa kemungkinan yang mungkin terjadinya perkara sebegini, antaranya adalah seperti :
1- Nombor pendaftaran KKM produk tersebut tidak wujud atau palsu .
2- Nombor pendaftaran KKM produk tersebut bukan yang terkini / telah berubah (contohnya jika produk tersebut telah menambah baik isi      kandungan baru, maka nombor pendaftaran KKM juga akan berubah kepada nombor siri yang terbaru atau nombor telah berubah kerana melebihi satu tahun dari tarikh dikeluarkan produk dan tidak dikemaskini.
3- Nombor pendaftaran KKM produk tersebut telah ditarik balik oleh KKM jika dikesan mengalami isi kandungan bahan yang merbahaya atau terlarang.

Cara_Semak_KKM_No_Pendaftaran_Mylea_8

Langkah 8

Masih Tidak Berpuas Hati dan Masih Inginkan Kepastian Mengenai Keselamatan Produk

Jom kita semak dahulu produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang sila CLICK link dibawah ini.
https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/adulterated

Cara_Semak_KKM_No_Pendaftaran_Mylea_8

Apakah Perbezaan Permulaan Nombor Siri KKM Berpangkal MAL dan NOT ?

MAL adalah kod pangkal untuk produk ubat-ubatan
NOT pula ialah kod pangkal untuk produk kecantikan/kosmetik

NOT
Kosmetik ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut.

Di Malaysia, produk kosmetik adalah di kawal di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan Guideline for Control of Cosmetic Product in Malaysia bagi menjamin produk kosmetik adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna.Mulai tahun 2008, proses kawalan terhadap produk kosmetik telah bertukar dari Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI.

Melalui sistem notifikasi, pihak syarikat perlu membuat notifikasi kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) terlebih dahulu sebelum produk kosmetik tersebut boleh diimport, dikilangkan atau dipasarkan di Malaysia.Produk kosmetik yang telah dinotifikasi akan diberikan Nombor Notifikasi (NOT) sebagai bukti produk kosmetik tersebut telah bernotifikasi dengan pihak BPFK.

 

MAL
Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.
Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

 

KKM
Untuk makluman, produk yang berdaftar atau bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak menggunakan huruf ‘KKM’ dalam mana-mana nombor pendaftaran atau nombor notifikasi.Jika produk-produk farmaseutikal, suplemen kesihatan, persediaan tradisional dan kosmetik ada No MAL maka produk – produk tersebut adalah selamat digunakan dari bahan-bahan terlarang seperti merkuri, sabrutamine dan bahan-bahan dan dadah yang terlarang.

Setiap produk kosmetik dan farmaseutikal termasuklah makanan tambahan dan persedian tradisional wajib mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum produk-produk tersebut dijual kepada pengguna.Nombor pendaftaran untuk produk-produk yang telah berdaftar dengan PBKD akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu nombor pendaftaran serta hologram yang tulen.